Untuk ibu-ibu atau sesiapa yang mengalami buasir, saya tahu ia memang pedih dan menyeksakan kalau ada buasir ni.
Bila dah bengkak, nak kecut bukannya senang.
Ditambah pulak ada luka kat area tu, lagi lah parah kan.
Sebenarnya ada bermacam-macam cara kecutkan buasir, ada cara tradisional dan ada juga cara moden.
Apa yang penting, kita haruslah berikhtiar, takkan nak biar je sakit pedih tu.
Apa Buasir Ni?
Buasir atau hemoroid ialah keadaan dimana berlaku pembengkakan pada salur darah (vena) yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Umumnya buasir ada 2 jenis :
Buasir Dalaman
Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak berbahaya tetapi apabila meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
Faktor Terjadinya Buasir
Ada 2 faktor utama terjadinya buasir iaitu :
1. Sembelit
Apabila sembelit berlaku pastinya seseorang itu susah untuk membuang air besar. Keadaan ini akan menyebabkan pesakit buasir mengambil masa yang lama untuk meneran semasa proses mengeluarkan najis.
Akibatnya, pembengkakan dan pembesaran salur darah berlaku dibahagian bawah rektum dan dubur.
2. Kehamilan
Semasa proses kehamilan, rahim wanita akan membesar seiring dengan tumbesaran bayi dalam kandungan. Dalam masa yang sama, jumlah darah juga akan turut bertambah.
Proses ini menyebabkan lebih banyak tekanan berlakau di kawasan dubur dan mengakibatkan salur darah membengkak dan menjadi radang.
Selain itu, faktor kehamilan juga menyebabkan perubahan hormon yang melambatkan sistem pencernaan badan.
Antara faktor-faktor lain ialah :
Batuk yang teruk
Mengangkat benda berat
Obesiti
Cirit birit yang teruk
Penuaan
Keturunan
Cara Kecutkan Buasir
Saya nak kongsikan ada 3 cara kecutkan buasir :
1. Secara Tradisional
i) Berendam dengan air rebusan daun sirih, jintan hiram, inai dan garam kasar.
ii) Sapu ramuan herba yang dibuat dari biji pala yang dicampur air asam jawa atau ramuan herba dari biji pala, kunyit, manjakani yang dicampur cuka nipah atau cuka beras pada bengkak buasir.
2. Secara Moden
i) Rubber Banding
Prosedur mengikat dengan getah di pangkal buasir dengan tujuan menghentikan darah mengalir ke kawasan yang tersepit dan akhirnya kawasan tersebut akan mati dan tercabut dengan sendiri.
ii) Suntikan Skleroterapy
Prosedur dimana suntikan secara langsung ke pangkal bonjolan buasir dilakukan bagi meredakan bengkak.
iii) Super Freeze (Cryotherapy)
Prosedur membekukan bonjolan buasir menggunakan Nitrogen Cair bagi mematikan buasir.
iv) Koagulasi Bipolar & Unipolar
Elektroterapi bipolar dan unipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid
v) Hemorrhoidolysis
Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan buasir mengecut dan melarut.
vi) Stapled Haemorrhoidopexy
Prosedur di mana pemotongan dilakukan dibahagian atas rectal sepanjang sekitar 2.0cm dan di buang kemudian akan di hubungkan semula dengan stapled secara ‘circumferential’.
vii) Konvesional Haemorroidectomy
Prosedur pembedahan dengan memotong bahagian yang amat sensitif di bahagian kulit dubur dan dasar buasir sehingga semua nya dibuangkan
viii) Laser Safute Beim
Menggunakan teknologi BEIM (Biological Electrical Impedance Automeasurement) sehingga buasir yang dipotong tidak menimbulkan perdarahan dan persarafan pun tertutup oleh kolagen yang dicairkan.
3. Pengambilan Suppliment
Dengan pemilihan supplement yang sesuai dan cara makan yang betul sebenarnya dapat mengecutkan buasir yang bengkak.
Omega 3 dari Shaklee Omega Guard berfungsi sebagai ejen anti radang yang mampu mengecutkan bengkak buasir dengan cepat dan selamat.
Kandungan Magnesium dalam Shaklee Ostematrix berfungsi bertindak mengaktifkan otot-otot usus untuk membantu pergerakan usus. Ia juga mampu menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga proses pembuangan menjadi lancar.
Vitamin C yang terkandung dalam Shaklee Sustained Release Vitamin C semestinya berfungsi sebagai penyembuh luka buasir. Bila luka cepat sembuh, pedih pun tiada lagi.
Apa Jaminan Suppliment Ini Berkesan?
Dr. Bruce Daggy, Ketua Penyelidik di Shaklee |
Saya berani jamin suppliment Shaklee adalah berkualiti atas beberapa sebab :
Syarikat Yang Kukuh
Ini kerana Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kos R&D Produk RM 1 Billion
Pusat Inovasi Shaklee di California USA |
Shaklee mempunyai lebih dari 50 saintis antara yang terbaik didunia. Shaklee juga mempunyai pusat penyelidikan sendiri di Pleasanton, California. Ini membuktikan yang produk Shaklee adalah terbaik dan berkualiti.
Tiada Risiko Kesan Sampingan
Produk ini 100% semulajadi dan telah diuji selamat oleh pakar-pakar Shaklee. Oleh itu, saya jamin ia tiada kesan sampingan yang buruk.
Disahkan Halal Dan Diluluskan KKM
Semua produk memiliki sijil halal dan nombor kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
After Sales Yang Konsistan
Saya akan sentiasa follow-up anda selagi masalah anda tak hilang. Saya akan terus bagi tips dan nasihat secara berterusan. Saya nak anda yakin yang setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.
Pertanyaan / Tempahan
Saya akan tawarkan servis yang terbaik melebihi apa yang telah anda bayar.
Sebab saya nak masalah anda hilang seterusnya memiliki kesihatan yang baik.
Jadi, kalau anda mencari produk untuk kecutkan buasir, klik link di bawah untuk whatsapp
Boleh saya tahu harga set buasir ni berapa ,sbab sy semasa buang air besar mesti sakit ,terkadang ada keluarga darah terkadang semasa membuang tidak ada darah keluar ...tetapi sy dapat rasa ada benjolan buat macam ada licin² d luar dubur saya ,beloh saya tahu ini sakit apa
ReplyDelete