Untuk ibu-ibu atau sesiapa yang mengalami buasir, saya tahu ia memang pedih dan menyeksakan kalau ada buasir ni. Bila dah bengkak, nak kecut bukannya senang. Ditambah pulak ada luka kat area tu, lagi lah parah kan. Sebenarnya ada bermacam-macam cara kecutkan buasir , ada cara tradisional dan ada juga cara moden. Apa yang penting, kita haruslah berikhtiar, takkan nak biar je sakit pedih tu. Apa Buasir Ni? Buasir atau hemoroid ialah keadaan dimana berlaku pembengkakan pada salur darah (vena) yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Umumnya buasir ada 2 jenis : Buasir Dalaman Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak berbahaya tetapi apabila meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan bua